27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

NS sasar kutipan RM1 juta disumbangkan kepada Palestin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Negeri Sembilan mensasarkan sehingga RM1 juta untuk disumbangkan kepada umat Islam di Palestin.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, setakat ini Alhamdulillah, sumbangan dari agensi dan syarikat swasta di Negeri Sembilan adalah sebanyak RM800,000.

“Manakala, jumlah yang berjaya diperoleh menerusi tabung masjid di seluruh Negeri Sembilan adalah sebanyak RM 25,833.20 sejak usaha mengutip sumbangan sejak 13 Oktober lalu,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, beliau menunaikan Solat Fardhu Jumaat bersama ahli jemaah Masjid Negeri dan kemudian menyempurnakan Majlis Pelancaran Peduli Palestin Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus.

Aminuddin berkata, pada tahun 2021, Kerajaan Negeri melancarkan Peduli Palestin dan berjaya mengumpulkan lebih RM300,000.

“Kutipan tersebut telah digunakan bagi menyediakan bantuan makanan, bantuan perubatan, termasuklah projek ternakan ayam secara moden di Gaza.

Advertisements

Katanya, pada peringkat Kerajaan Persekutuan, dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bantuan sebanyak RM10 juta dan mensasarkan jumlah kutipan daripada syarikat milik kerajaan (GLC) dan sumbangan swasta sebanyak RM100 juta.

“Alhamdulillah, kutipan tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin yang dikendalikan Kementerian Luar sehingga semalam telah mencecah RM81 juta,”katanya.

Beliau berkata, tragedi yang berlaku di Palestin merupakan ujian Allah S.W.T ke atas kita semua dalam memartabat nilai kemanusiaan.

“Kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan kesejahteraan yang dikurniakan Allah ke atas negara ini.

“Sekalung perhargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada semua penyumbang tabung Peduli Palestine ini.

“Semoga semua sumbangan dapat dimanfaatkan untuk saudara kita di Palestin. Semoga usaha dan kerja kita diterima, diberkati dan diredhai Allah sebagai bukti pengabdian kepada-Nya,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan