29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

United ‘kehilangan’ Rashford menjelang suku akhir UEL

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

MANCHESTER United kehilangan penjaring utamanya, Marcus Rashford selepas pemain antarabangsa England itu mengalami kecederaan menjelang aksi suku akhir Liga Europa (UEL) berdepan Sevilla, awal pagi esok.

Rashford yang telah menjaringkan 21 gol musim ini termasuk enam jaringan di peringkat UEL turut tidak dapat beraksi dalam beberapa perlawanan liga tempatan selepas ini.

Pemain berusia 25 tahun itu berada dalam musim terbaiknya bersama The Red Devils, setelah meledak 28 gol daripada 47 penampilan dalam semua kejohanan.

“Marcus Rashford tidak akan diturunkan pada perlawanan suku akhir UEL menentang Sevilla pada Khamis ini (awal pagi Jumaat) kerana kecederaan otot.

Advertisements

“Penyerang itu dikeluarkan pada minit ke-80 ketika kemenangan 2-0 ke atas Everton di Old Trafford pada Sabtu lalu dan segera menuju ke bilik persalinan untuk mendapatkan rawatan.

“Ujian lanjut mendapati Marcus tidak dapat beraksi untuk beberapa perlawanan tetapi dia dijangka akan dapat kembali sebelum musim ini masih berjalan,” kata United menerusi laman web.

Rashford ditimpa kecederaan otot ketika United menewaskan Everton 2-0 di Old Trafford hujung minggu lalu.

Skuad bimbingan Ten Hag akan melayan kunjungan Sevilla di Old Trafford pada Jumaat ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan