28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Pemilik Crackhouse tarik balik permohonan cabar DBKL batal lesen

Mesti Baca

DUA pemilik kelab komedi Crackhouse menarik balik permohonan semakan kehakiman terhadap tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan lesen perniagaan kelab itu dan tidak membenarkan mereka mendaftarkan sebarang perniagaan di ibu negara selama-lamanya.

Menurut laporan Berita Harian, peguam bela Mohamad Rizal Johan Van Geyzel dan Shankar R Santhiram iaitu M Pravin, mengesahkan tidak berhasrat meneruskan permohonan itu apabila mendapati DBKL tidak menyenarai hitam kedua-dua pemohon daripada mendaftarkan perniagaan, sebaliknya hanya membatalkan lesen kelab komedi itu.

“DBKL dalam afidavit jawapan mengesahkan bahawa mereka (Mohamad Rizal dan Shankar) tidak pernah disenarai hitam daripada mendaftarkan perniagaan mereka di Kuala Lumpur.

“Sehubungan itu, kedua-dua pemohon boleh mendaftarkan perniagaan mereka di ibu negara.

Kami menarik balik permohonan semakan kehakiman tanpa sebarang kos,” katanya pada prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amarjeet Singh, hari ini.

Sementara itu, peguam bela DBKL, Khalisa Badrul Amini, mengesahkan mengenai tindakan tidak menyenarai hitam kedua-dua lelaki berkenaan daripada mendaftarkan perniagaan.

Advertisements

Hakim membenarkan permohonan Mohamad Rizal dan Shankar untuk menarik balik semakan kehakiman tanpa sebarang kos.

Pada 23 Mei lalu, kedua-dua mereka memperoleh kebenaran daripada mahkamah untuk memulakan prosiding semakan kehakiman.

Pemilik kelab terbabit memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi pada 24 November 2022, dengan deklarasi bahawa keputusan dibuat DBKL bagi membatalkan lesen perniagaan kelab komedi itu bertentangan undang-undang.

Selain itu, mereka memohon deklarasi keputusan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan kementerian berkenaan untuk melarang mereka mendaftarkan sebarang perniagaan di Kuala Lumpur buat selama-lamanya walaupun di bawah nama dan syarikat lain, tidak berperlembagaan.

Lelaki terbabit memohon perintah mahkamah untuk membatalkan keputusan yang dibuat atas alasan pemohon ada hak asasi di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk berniaga dengan lesen sah.

Pada 21 Julai lalu, Mohamad Rizal didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana membuat dan memulakan hantaran video yang menyentuh sensitiviti kaum melalui aplikasi Facebook, tahun lalu. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan