34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Jadi pemimpin bukan fikir perut anak, menantu – PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENJADI pemimpin bukan untuk fikir perut anak dan menantu,”kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam masa sama, beliau turut menekankan betapa amanah memimpin negara adalah amanah yang berat dan besar.

“Di acara akhir di Hiliran, Kuala Terengganu semalam saya menekankan perkara itu (amanah memimpin negarag), justeru menjadi pemimpin bukan untuk fikir perut anak dan menantu, tetapi memastikan kebajikan dan hak rakyat itu terbela.

“Saya juga menyebut kegagalan demi kegagalan yang dipertonton kepada kita selama 33 bulan di mana kini kita tahu elit penguasa saat itu mengelabui mata hati rakyat yang terjejas hidupnya kerana dampak wabak dengan retorik yang kononnya mereka prihatin.

Advertisements

“Kalau prihatin, mereka tidak tergamak sorok minyak masak. Kalau best (terbaik) sangat, mereka tidak susun kontrak untuk anak dan menantu di saat rakyat bergelut dengan wabak.

“Dan kalau betul stabil, mereka tak mungkin hanya mampu bertahan 33 bulan sahaja! Cukuplah sekali, Perikatan Nasional,”ujar Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

Malam tadi, beliau hadir pada Ceramah Jelajah Perpaduan MADANI di Hiliran di Kuala Terengganu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan