25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Dron tak dibenar semasa sambutan Hari Kebangsaan Rabu ini

Mereka yang melanggar laranagn boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PIHAK Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menerbangkan dron semasa sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, Rabu ini.

CAAM dalam satu kenyataan berkata, langkah itu bagi memastikan sambutan perayaan itu dapat diraikan dengan selamat tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Agensi itu berkata, tindakan menerbangkan dron tanpa kelulusan pihak berkuasa boleh mengancam keselamatan orang awam serta mengundang risiko kemalangan terhadap pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang sedang menjalankan penerbangan formasi rendah di kawasan tersebut.

“Suka diingatkan bahawa semua pengendalian aktiviti dron di negara ini adalah tertakluk mengikut Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3), Peraturan 98, 140-144, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR 2016) dan Arahan Penerbangan Awam Civil Aviation Directives (CADs),” kata kenyataan itu hari ini.

Advertisements

CAAM berkata, mereka yang mengingkari larangan tersebut boleh berdepan dengan tindakan mengikut Seksyen 4 Akta 3 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Sambutan perayaan Hari Kebangsaan diadakan semula tahun ini selepas dua tahun tidak diadakan berikutan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan.

Bagi tahun ini sambutan itu akan diserikan semula dengan perarakan dan pertunjukan udara sepertimana kelazimannya sebelum ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan