32.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 2, 2022

MOTAC sasar 9.2 juta pelancong

Unjuran terbaharu ini dibuat berdasarkan pelbagai usaha secara agresif yang dilakukan oleh MOTAC dalam mengadakan misi penggalakkan pelancongan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyemak semula sasaran ketibaan pelancong dan pendapatan bagi tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata MOTAC menyasarkan 9.2 juta pelancong masuk ke negara ini hingga akhir suku keempat dengan nilai pendapatan pelancongan sebanyak RM26.8 bilion.

“Unjuran terbaharu ini dibuat berdasarkan pelbagai usaha secara agresif yang dilakukan oleh MOTAC dalam mengadakan misi penggalakkan pelancongan di luar negara bagi menarik minat pelancong datang ke Malaysia.

“Selain itu, dengan pembukaan semula pintu sempadan negara Brunei bermula pada 1 Ogos 2022 yang lalu, dijangkakan dapat meningkatkan lagi jumlah ketibaan pelancong ke Malaysia.

“MOTAC yakin sasaran ini dapat dicapai berdasarkan situasi semasa perkembangan positif industri pelancongan yang mana lebih banyak negara melonggarkan syarat keluar dan masuk,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Baca juga:   Agensi pelancongan dibenar beroperasi serta-merta

Mengulas lanjut, Nancy berkata dengan perkembangan ini, MOTAC berharap sektor pelancongan negara dapat dipulihkan dengan segera dan kembali menjadi antara sektor penyumbang utama pendapatan negara.

“Usaha MOTAC memulihkan industri pelancongan membuahkan hasil apabila bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini Malaysia merekodkan 3.21 juta pelancong dengan nilai pendapatan sebanyak RM9.35 bilion.

Beliau pada masa sama berharap, sasaran ini dapat menaikkan semangat semua penggiat industri untuk bekerja lebih kuat bagi memastikan ia berjaya dicapai dan sektor pelancongan negara kembali berdaya saing.

Baca juga:   Muzium 3D Kertih laksana pembayaran tanpa tunai

“Saya berharap semua penggiat industri pelancongan dan rantaian perniagaan yang berkaitan dapat bersama-sama dengan MOTAC bagi memastikan sasaran ini dapat dicapai.

“Usaha yang berterusan harus dipergiatkan lagi bagi memastikan hala tuju dan masa depan sektor pelancongan dan kebudayaan negara terus berdaya saing, mampan dan lestari.

“Ini sesuai dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah “Destinasi Lestari, Kaya Budaya” menjelang tahun 2030 dapat menjadi realiti seperti yang digariskan dalam Dasar Pelancongan Negara,” ujar Nancy.

Untuk rekod, pada tahun 2019, sebelum negara dilanda pandemik COVID-19, sektor pelancongan mencatat kadar ketibaan pelancong tertinggi iaitu 26.1 juta orang yang menyumbang pendapatan sebanyak RM86.1 bilion.- Edisi 9

Terkini

Malaysia miliki pakar tempatan bantu tadbir urus ekonomi negara

MALAYSIA mempunyai ramai pakar ekonomi tempatan sebagai mekanisme sokongan dalam mengurus tadbir perjalanan ekonomi negara, kata Menteri di Jabatan...

Lagi Artikel Berkaitan