28.9 C
Kuala Lumpur
Monday, September 26, 2022

2,191 kes Covid-19 semalam, Selangor tertinggi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH jangkitan Covid-19 di negara ini mencatatkan sebanyak 2,191 kes semalam termasuk satu kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,738,119 setakat ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 3,796 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 seramai 4,707,095 orang.

Kata laman web itu, sebanyak 32,901 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan pertambahan sejumlah negatif 1,607.

Selangor terus mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 720.

Kemudian, diikuti Kuala Lumpur (398), Sabah (212), Perak (180), Negeri Sembilan (119), Johor (87), Pulau Pinang (83) dan Melaka (79).

Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Kedah (78), Sarawak (54), Kelantan (53), Pahang (48), Terengganu (48), Putrajaya (20), Perlis (8) dan Labuan (4).

Dalam perkembangan sama, sebanyak dua kematian dilaporkan dengan tiada kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,198.

Baca juga:   Operasi pematuhan PKP dipertingkat, tindakan lebih tegas - KDN

Jumlah kematian BID pula sebanyak 7,694 setakat ini.

Dalam pada itu, sebanyak 31,527 kes dikuarantin di rumah, 19 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,282 kes di hospital, 25 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 48 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – Edisi 9

Terkini

PM catat sejarah di pentas dunia, bawa pendirian berani Malaysia

Oleh DATUK SERI MOHD SALIM MOHD SHARIF PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri telah mencipta satu lagi sejarah sebagai pemimpin...

Lagi Artikel Berkaitan