24.5 C
Kuala Lumpur
Monday, September 26, 2022

2,067 kes COVID-19, empat kes import

Turut dilaporkan jumlah kes sembuh di negara ini dengan semalam terdapat sebanyak 2,279 kes.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes harian COVID-19 di negara ini kembali mencatat ke angka 2,000 dengan 2,067 kes dilaporkan setakat tengah malam tadi.

Menerusi laman sesawang COVIDNOW, kes yang dilaporkan itu membabitkan 2,063 kes penularan tempatan dengan empat lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Perkembangan itu menjadikan sehingga kini jumlah penularan COVID-19 di negara ini mencecah 4,795,009 kes sejak ia dikesan di negara ini.

Secara keseluruhannya, negara masih mempunyai 27,328 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 dan daripada jumlah itu sebanyak 95 peratus bersamaan 25,963 kes sedang dalam kuarantin wajib di rumah.

Selain itu, terdapat 1,277 kes atau 4.7 peratus sudah mendapatkan rawatan lanjut di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) (19), unit rawatan rapi (ICU) (29) dengan 40 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Baca juga:   Harga minyak masak: Gunalah segala kuasa yang ada...

Sehingga kini, kadar penggunaan wad ICU di paras 64 peratus, bagaimanapun yang digunakan untuk pesakit COVID-19 sahaja adalah 18.6 peratus.

Dalam pada itu, turut mencatatkan pertambahan adalah kes kematian akibat jangkitan berkenaan dengan enam kes dilaporkan semalam.

Ia termasuk satu kes meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan (BID).

Ia menjadikan sehingga kini jumlah angka korban di negara ini sudah mencecah 36,255 kes dengan 7,706 kes pula meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.

Daripada laporan sama, turut dilaporkan jumlah kes sembuh di negara ini dengan semalam terdapat sebanyak 2,279 kes.

Baca juga:   5,413 kes baharu COVID-19 hari ini - Dr Noor Hisham

Dengan pertambaham itu, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih daripada jangkitan berkenaan adalah 4,731,426 kes.-Edisi 9

Terkini

Tak pelik bukan PH diumum musuh utama PN – Zahid

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin, Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan...

Lagi Artikel Berkaitan