26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

PDRM nafi ada aktiviti jenayah babitkan kanak-kanak jalanan

PDRM mengesahkan mesej yang ditularkan itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh KDN atau PDRM.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan balai polis seluruh negara mengeluarkan notis amaran terdapat pihak menggunakan kanak-kanak jalanan untuk aktiviti jenayah.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Asisten Komisioner A. Skandaguru berkata, satu mesej dikesan tular di media sosial yang didakwa sebagai “notis amaran dari KDN dan balai polis seluruh negara”.

Menurutnya, mesej itu mendakwa terdapat pihak menggunakan kanak-kanak jalanan yang memegang kertas tertulis alamat rumah sebagai taktik untuk meraih bantuan bagi dihantar pulang.

Beliau berkata, mesej berkenaan juga mendakwa mana-mana individu yang membantu menghantar kanak-kanak sedemikian ke alamat yang tertera dikatakan akan dibunuh, organ dicuri dan dirogol.

“PDRM mengesahkan mesej yang ditularkan itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh KDN atau PDRM.

“Semakan juga mengesahkan tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan insiden Jenayah sepertimana ditularkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan dengan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya terus menghantar ke balai polis berdekatan sekiranya ada menjumpai kanak-kanak sepertimana mesej yang tular berkenaan.

“PDRM mengingatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dan terpengaruh dengan sebarang mesej tidak berasas serta ditentukan kesahihannya,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan