25 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023

Annuar cadang Mahathir bubar Pejuang, kembali kepada UMNO

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TUN Dr Mahathir Mohamad dicabar untuk membubarkan parti Pejuang yang tidak seberapa dan hanya sekadar untuk memecahbelahkan orang Melayu.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, sekiranya Dr Mahathir yang berniat untuk memperbaiki UMNO yang didakwa sudah rosak, adalah sebaiknya Pengerusi Pejuang itu kembali ke pangkuan UMNO.

Beliau mendakwa, pada masa kini masih ramai kalangan ahli UMNO yang menghormati Dr Mahathir sebagai mantan Presiden parti itu dan mengenang jasa-jasa beliau selama lebih 20 tahun memimpin parti tersebut.

“Masih ramai ahli UMNO yang menghormati Tun, dan mengenang jasa Tun. Begitu juga pemimpin pemimpin-pemimpin UMNO yang lain. Jasa mereka harus dikenang,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, bekas Perdana Menteri itu boleh mengecam individu di dalam UMNO, baik Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atau sesiapa sahaja yang beliau pilih untuk tidak bersetuju.

Baca juga:   PN pastikan calon tiada rekod jenayah, mahkamah, LHDN

“Itu hak Tun. Namun jika Tun mahu “pukul rata” dan cuba memusuhi UMNO sebagai srbuah parti politik, kita akan menentangnya dan kita mempertahankan UMNO habis-habisan,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Semalam bekas Perdana Menteri itu mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan menentang UMNO supaya kerajaan pimpinan UMNO dikalahkan dan UMNO tidak lagi menjadi Kerajaan Malaysia.

Beliau turut menyifatkan UMNO sudah beralih menjadi parti perasuah secara total dari puncak pimpinan sehinggalah ke akar umbi.

Baca juga:   Bot nelayan langgar syarat lesen, kru warga asing ditahan

Annuar yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO berkata, setiap Presiden parti, baik mantan atau semasa atau mana-mana pemimpin parti sekalipun sudah tentu mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

“Malah Tun sendiri tidak terkecuali. Terlalu banyak jika nak dihuraikan satu persatu. Bermusuh, biarlah berpada-pada. Usah melampau.

“Memadai dengan saya nyatakan, jika Tun mahu memusuhi UMNO, semata-mata kerana beberapa individu, Insya-Allah Tun tidak akan berjaya,” katanya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, beliau sebagai ahli UMNO sedia mempertahankan parti tersebut walaupun hanya dengan menggunakan gigi dan lidah.

“Walau hanya dengan gigi dan lidah kita ahli-ahli parti akan pertahankan parti ini,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Dr Amalina rasa bangga dijemput ke Istana Buckingham, London

SIAPA yang tidak rasa bangga apabila dapat menjejakkan kaki di Istana Buckingham, London. Begitulah yang dirasai pakar bedah kelahiran Malaysia,...

Lagi Artikel Berkaitan