27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Cemuh UMNO: Shahril cabar Mahathir masuk gelanggang PRU

Sekiranya Tun Mahathir merasakan UMNO tetap "jahat" dan perlu ditewaskan, ahli parlimen Langkawi itu perlulah bersaing dalam gelanggang PRU nanti.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dinasihatkan untuk tidak sesedap rasa mencemuh UMNO serta mahu menguburkan parti tersebut dengan cara kasar.

Sebaliknya, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan mencabar Pengerusi Pejuang itu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sekirannya mahu menunaikan hasrat tersebut.

Menurul Shahril, kenyataan panjang bekas Perdana Menteri yang mencemuh UMNO semalam adalah mengecewakan tetapi tidak juga mengejutkan.

“Tun Mahathir pernah memohon UMNO dibubarkan, menyerlahkan tahap kebencian beliau bukan lagi terhadap mana-mana individu dalam UMNO, malah terhadap UMNO itu sendiri. Yakni terhadap akar umbi dan berjuta ahli yang tiada dosa terhadap Tun.

“Jadi ini bukan lagi tentang mana-mana Presiden atau bekas Presiden atau mana-mana pemimpin UMNO. Sedangkan waktu Tun berkuasa dan UMNO masih belum bangkit pada awal era PH (Pakatan Harapan), Tun masih hendak usahakan agar UMNO itu hapus,” katanya dalam Facebook hari ini.

Bagaimanapun menurut Shahril, hasrat bekas Perdana Menteri itu tidak kesampaian kerana istiqamah pemimpin dan ahli UMNO.

Bahkan ujar Shahril lagi, sekiranya Dr Mahathir merasakan UMNO tetap “jahat” dan perlu ditewaskan, Ahli Parlimen Langkawi itu perlulah bersaing dalam gelanggang PRU nanti.

“Berilah pilihan kepada rakyat. Itu hak Tun. Sepertimana hak kami untuk menawarkan diri sebagai parti yang menjanjikan kesetiaan dan kestabilan.

“Tak perlulah sampai mengata seolah-olah semua kami yang jadi ahli UMNO ini hodoh, bodoh atau kotor.

Advertisements

“Era My Way or the Highway mungkin relevan pada era 1980-an dan 1990-an. Zaman dah beredar…,” katanya.

Untuk rekod, Dr Mahathir merupakan pemimpin paling lama yang memegang jawatan Presiden UMNO iaitu lebih 20 tahun, mulai 1981 sehingga 2003.

Dalam pada itu, Shahril menegaskan sebagai seorang ‘anak’, beliau akan cuba menjaga lidah dan tutur bila bercakap tentang Dr Mahathir.

“Saya membesar era beliau. Beliaulah Perdana Menteri pertama yang saya kenali.  Dari lahir sehingga tamat sekolah, dialah PM. Meskipun ada dasar dan pendekatan yang saya kurang bersetuju termasuk sewaktu 22 tahun, saya tak nafikan beliau ada jasa kepada negara ini.

“Baik buruk, pasang surut, beliau antara PM yang paling meninggalkan kesan kepada Malaysia. Saya tak akan nafikan itu,” katanya.

Namun begitu, Shahril berkata, itu tidak bermaksud Dr Mahathir boleh cuba bubar, kemudian mencemuh parti UMNO sesedap rasa tanpa membalas.

“Saya faham Tun terkenal dengan lidah tajamnya baik di pentas tempatan atau antarabangsa. Tetapi harapan saya, selepas ini simpanlah sedikit kekasaran itu supaya tidak ditujukan sepenuhnya kepada institusi yang mana Tun pernah menjadi pemimpin dan ahlinya walaupun keluar masuk keluar masuk.

“Mungkin di sebalik kejayaan hidup Tun, ada juga saham dari institusi ini yang menyumbang,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan