25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

PM ucap tahniah kepada pasukan dodgeball negara

Pencapaian berkenaan adalah hadiah bermakna buat Malaysia yang menyambut Hari Kebangsaan ke-65

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada skuad dodgeball lelaki negara kerana menjuarai Kejohanan Dodgeball Dunia 2022 di Kanada, semalam.

Beliau berkata, pencapaian berkenaan adalah hadiah bermakna buat Malaysia yang menyambut Hari Kebangsaan ke-65 pada 31 Ogos lalu dan akan meraikan Hari Malaysia tidak lama lagi.

”Semoga kejayaan ini dapat membakar semangat semua atlet negara untuk beraksi cemerlang dalam kejohanan sukan masing-masing.

”Selamat maju jaya kepada skuad dodgeball negara dalam kejohanan-kejohanan yang seterusnya,” katanya dalam Facebook hari ini.

Semalam, media melaporkan hasrat skuad dodgeball lelaki negara untuk merampas kembali gelaran juara dunia akhirnya tercapai apabila mereka berjaya mengesahkan kejuaraan dalam Kejohanan Dodgeball Dunia 2022 tersebut.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung Pusat Sukan Komuniti Saville, Edmonton itu menyaksikan skuad negara beraksi cemerlang untuk menewaskan skuad dari Australia, 5-3 sekali gus meraih gelaran juara dunia ketiga mereka sejak 2017.

Presiden Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD), Datuk V. Radhakrishnan dilaporkan berkata, kejayaan diraih skuad dodgeball lelaki itu adalah hadiah bermakna buat negara yang baru sahaja selesai menyambut Hari Kebangsaan ke-65.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan