31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Kanak-kanak lelaki mangsa dera seksual ibu kandung dijaga JKM

Ibu kandung kanak-kanak kini ditempatkan di Hospital Permai, Tampoi kerana disahkan mengalami gangguan narsisistik (narcissitic disorder), manakala bapanya turut menghidap pelbagai penyakit serta tiada pekerjaan dan tempat tinggal tetap.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KANAK-KANAK lelaki berusia lima tahun yang disyaki menjadi mangsa dera secara seksual oleh ibu kandungnya akan ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Taman Sinar Harapan (TSH) Ampuan Najihah, Seremban, bermula hari ini.

Perintah hak penjagaan sementara itu dikeluarkan Majistret Mohd Izwan Mohamed Noh di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, mengikut peruntukan Seksyen 19 Akta Kanak-Kanak (AKK) 2001 selepas membenarkan permohonan Pegawai Pelindung Kanak-Kanak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah, Zaris Shafira Zakaria.

Terdahulu, mahkamah diberitahu siasatan awal pelindung mendapati kanak-kanak itu perlu diselamatkan dan diletakkan di bawah Perintah Jagaan Sementara di TSH.

Menurut Zaris Shafira, ibu kandung kanak-kanak kini ditempatkan di Hospital Permai, Tampoi kerana disahkan mengalami gangguan narsisistik (narcissitic disorder), manakala bapanya turut menghidap pelbagai penyakit serta tiada pekerjaan dan tempat tinggal tetap.

Katanya, pasangan masing-masing berusia 37 tahun itu berkahwin pada 8 Mei 2015 dan dikurniakan anak lelaki berusia lima tahun.

“Hasil siasatan awal, ibu kandung disyaki melakukan penderaan seksual kepada kanak-kanak itu dan merakam perbuatan itu selain membiarkan mangsa melihat dia melakukan hubungan intim dengan lelaki lain.

Advertisements

“Doktor pakar kanak-kanak di Hospital Melaka (HM) menyatakan, mangsa disahkan mengalami autisme sederhana dan perkembangannya tidak mencapai peringkat umur,” katanya pada prosiding permohonan itu seperti dilaporkan Harian Metro Online.

Zaris Shafira berkata, hasil perbualan bersama bapa kandung pula, dimaklumkan dia sudah memeluk Islam ketika menjalani hukuman penjara dua bulan di Penjara Sungai Udang atas kesalahan bergaduh dengan abang kandung, namun tiada kad akuan memeluk Islam diterima pegawai Pelindung.

“Bapa kandung mangsa menghidap penyakit sawan, darah tinggi dan kencing manis selain ketagihan alkohol.

“Berdasarkan maklumat daripada doktor HM, dia juga mempunyai rekod rujukan untuk rawatan psikiatri, namun tidak menghadiri temujanji,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JKM Melaka, Burhanuddin Bachik ketika dihubungi mengesahkan mengenai permohonan hak penjagaan sementara terhadap kanak-kanak terbabit.

Katanya, hasil perbincangan pihaknya mendapati kanak-kanak perlu diselamatkan dan diletakkan di bawah Perintah Jagaan Sementara di tempat selamat mengikut subseksyen 25 (2) AKK 2021 iaitu bagi satu tempoh yang ditetapkan oleh mahkamah bagi penyediaan Laporan Pelindung.

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan