26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Baling dilanda banjir kilat lagi

Air Sungai Ketil melimpah dengan cepat dan memasuki rumah penduduk yang tinggal berdekatan tebing sungai

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA penempatan di Baling, Kedah iaitu Taman Bayu Sejahtera dan Kampung Sungai Batu dilanda banjir kilat petang ini.

Hujan lebat selama tiga jam sejak pukul 2 petang menyebabkan kawasan itu dinaiki air.

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz, pihaknya menerima panggilan pada jam 6 petang mengenai banjir di dua lokasi itu.

“Setakat ini jumlah keluarga dan mangsa dalam siasatan dan anggota dikerah membantu bagi mengelakkan kejadian buruk.

“Air Sungai Ketil melimpah dengan cepat dan memasuki rumah penduduk yang tinggal berdekatan tebing sungai.

“Anggota sedang memantau dari semasa ke semasa memandangkan masih hujan dan cuaca gelap.

“Kita mengarahkan penduduk keluar je tempat selamat kerana bimbang mereka terperangkap pada waktu malam malah air Sungai Ketil juga deras,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Mohd Faizol meminta penduduk yang tinggal di pinggir tebing berpindah sekiranya air semakin naik dan jangan menunggu kerana bimbang kejadian buruk.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan