24.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 2, 2023

Kebebasan asasi saya dinafikan Mahkamah Persekutuan – Najib

Beliau turut memohon supaya dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan berkenaan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Najib Razak meluahkan beliau benar-benar percaya bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan akhir bulan lalu, yang mengesahkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadapnya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd, perlu disemak.

Sehubungan itu, bekas perdana menteri itu memohon keputusan panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos lalu disemak dan diketepikan.

Beliau turut memohon supaya dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan berkenaan.

“Saya benar-benar percaya dan dinasihatkan peguam bahawa keputusan ini perlu disemak kerana saya dinafikan kebebasan asasi yang dijamin Perlembagaan Persekutuan melalui prinsip perbicaraan adil,” katanya melalui permohonan mengikut Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.

Baca juga:   Kenaikan harga besi beri impak negatif terhadap pemaju, rakyat

Najib yang memfailkan permohonan notis usul itu melalui firma guaman Tetuan Shafee & Co hari ini secara alternatifnya, memohon rayuan akhirnya didengar korum Mahkamah Persekutuan lain, mengandungi tidak kurang daripada tujuh hakim Mahkamah Persekutuan atau yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Beliau yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang, turut memohon hukuman ke atasnya itu ditangguhkan sementara menunggu pendengaran permohonan semakan.

Dalam permohonan notis usulnya, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, memberikan alasan bahawa rayuan akhirnya diputuskan, walaupun peguamnya tidak mengemukakan hujahan sama sekali kerana tidak bersedia.

Baca juga:   Sultan Selangor tarik balik darjah kebesaran Najib, Rosmah

Beliau berkata, dengan tidak membenarkan peguamnya menangguhkan prosiding dan diberikan tempoh masa yang munasabah untuk melakukan persediaan, Ketua Hakim Negara mengarahkan ia diteruskan dengan hanya peguam responden berhujah.

“Ia seakan-akan hampir menyamai prosiding sebelah pihak,” katanya seperti dilaporkan BH Online.

“Saya benar-benar percaya dan dinasihatkan oleh peguam saya bahawa mahkamah ada bidang kuasa sedia ada untuk membenarkan penangguhan sabitan dan hukuman saya apabila memfailkan permohonan ini,” katanya.

Najib antara kain memohon untuk menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonannya untuk memasukkan bukti baharu berkaitan hakim perbicaraan, Datuk Mohd. Nazlan Mohd Ghazali dan membatalkan perbicaraan kes itu.

Begitu juga, beliau mahu menyemak keputusan mahkamah yang menolak permohonan peguamnya untuk menangguhkan prosiding dan supaya Tengku Maimun menarik diri daripada mendengar rayuan akhirnya.

Baca juga:   MR D.I.Y sumbang PPE kepada 136 pusat kesihatan

Wartawan

Terkini

EMRAZ sasar 12,000 jemaah menerusi pembiayaan umrah AmBank Islamic

EMRAZ Travel & Tours (EMRAZ), sebuah agensi pelancongan dan pengendali umrah dan haji menyasarkan sebanyak 12,000 jemaah bakal menggunakan...

Lagi Artikel Berkaitan