31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

2,356 kes COVID-19, lima kes import

Secara keseluruhanya, negara masih mempunyai 31,463 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes harian COVID-19 di negara ini kekal lingkungan 2,000 dengan 2,356 kes dilaporkan setakat tengah malam tadi.

Menerusi laman sesawang COVIDNOW, kes baharu yang dilaporkan itu membabitkan 2,351 kes penularan tempatan dengan lima lagi adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Perkembangan itu menjadikan sehingga kini jumlah penularan COVID-19 di negara ini mencecah 4,784,980 kes.

Secara keseluruhanya, negara masih mempunyai 31,463 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 dan daripada jumlah itu sebanyak 95.6 peratus bersamaan 30,084 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Selain itu terdapat 1,285 kes atau 4.1 peratus sudah mendapatkan rawatan lanjut di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) (20), unit rawatan rapi (ICU) (74) dengan 46 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Advertisements

Sehingga kini kadar penggunaan wad ICU berada di paras 64.1 peratus bagaimanapun, yang digunakan untuk pesakit COVID-19 sahaja adalah 19.8 peratus.

Dalam pada itu, turut mencatatkan pertambahan adalah kes kematian akibat jangkitan berkenaan dengan sembilan kes dilaporkan semalam.

Ia termasuk tiga kes meninggal dunia diluar fasiliti kesihatan (BID).

Pertambahan itu menjadikan sehingga kini jumlah angka korban di negara ini sudah mencecah 36,225 kes dengan 7,699 kes pula meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.

Bagi jumlah kes sembuh di negara ini, setakat semalam terdapat sebanyak 1,875 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih daripada jangkitan berkenaan adalah 4,717,292 kes.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan