27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

1,847 kes baharu COVID-19, tujuh kes import

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

NEGARA mencatatkan sebanyak 1,847 kes harian COVID-19 semalam, dengan tujuh kes import, sedikit peningkatan kes berbanding 1,483 kes kelmarin.

Dengan pertambahan kes harian tersebut, menjadikan jumlah kes keseluruhan jangkitan mencecah 4,806,954 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, kes aktif COVID-19 di seluruh negara merekodkan negatif 306 kes dengan jumlah kumulatif kes aktif kini sebanyak 26,033 kes.

Sejumlah 2,148 kes sembuh juga telah direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada COVID-19 kini seramai 4,744,636 orang.

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 598 kes diikuti Kuala Lumpur (340), Sabah (135), Perak (122), Kelantan (107), Kedah (88), Johor (80), Negeri Sembilan (75), Sarawak (67), Pulau Pinang (63).

“Turut menyumbang kepada peningkatan kes COVID-19 semalam adalah Melaka (48), Pahang (47), Terenganu (32), Putrajaya (22), Perlis (16) dan Labuan (tujuh),” demikian perkongsian data di laman web tersebut hari ini.

Pada masa sama, sebanyak enam kematian dilaporkan dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) yang seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,285 dan BID 7,711.

Sebanyak 24,752 kes dikuarantin di rumah, 10 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), 1,204 kes di hospital, 22 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 45 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan