33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Kes baharu COVID-19 catat penurunan 19.4%

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes baharu jangkitan COVID-19 di negara ini mencatatkan penurunan sebanyak 19.4 peratus kepada 1,542 pada minggu lalu berbanding 1,913 minggu sebelumnya.

Namun kes kematian meningkat sebanyak 166.7 peratus atau kepada lapan kes berbanding tiga kes dalam tempoh sama.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kes sembuh pula bertambah sebanyak 63.1 peratus kepada 2,071 berbanding 1,270.

Menurut beliau, dari 25 Januari 2020 hingga 11 Februari 2023, kumulatif kes baharu adalah sebanyak 5,039,326 manakala kes sembuh 4,993,160 dan purata kes aktif 9,490.

“Kes kematian terkumpul pula sebanyak 36,951 dan kluster 7,171 dengan lima kluster aktif,” katanya dalam kenyataan di sini.

Advertisements

Mengulas lanjut, kata beliau, secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 6.5 peratus pada Minggu Epidemiologi keenam 2023 (ME 6/2023) berbanding ME 5/2023.

“Jumlah kemasukan pesakit kategori 1 dan 2 COVID-19 bagi setiap 100,000 populasi kekal pada 0.4 peratus; manakala kategori 3, 4, dan 5 juga tiada perubahan pada 0.5 peratus.

“Penggunaan katil bukan kritikal, tiada perubahan, kekal pada 8.0 peratus manakala katil unit rawatan rapi (ICU), menurun sebanyak 2.0 peratus dan peratusan pesakit 9 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) menurun sebanyak 0.2 peratus.

“Bagi tempoh sama, bilangan kedatangan pesakit ke Pusat Penilaian COVID-19 turut menurun sebanyak 12.3 peratus,” katanya.

Ujar beliau, bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah turut mencatatkan penurunan sebanyak 2.9 peratus tetapi jumlah kes yang dirujuk CAC ke hospital meningkat sebanyak 130 peratus. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan