28.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Anwar pertimbang ke Turkiye, tanda sokongan moral Malaysia

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbang untuk ke Turkiye malam ini bagi memberi sokongan moral kepada rakyat negara itu serta Presidennya, Recep Tayyip Erdogan.

Beliau memaklumkan menerima panggilan telefon sebanyak dua kali daripada Erdogan sejak bencana alam berkenaan melanda Turkiye, dengan Presiden negara itu antara lain memintanya hadir ke negara berkenaan bagi memberi sokongan moral.

“Saya diminta oleh Presiden (Erdogan) kalau boleh untuk segera ke sana untuk memberikan sokongan moral dan saya sedang mempertimbang untuk sama ada terpaksa bertolak ke sana malam ini.

“(Saya ke sana) untuk menunjukkan sokongan negara kita kerana beberapa negara sudah sampai dan Presiden (Erdogan) sendiri meminta saya secara peribadi untuk ke sana kalau boleh malam ini,” katanya ketika menjawab soalan pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Ujar Anwar lagi, Erdogan turut menyatakan penghargaan atas usaha Malaysia membantu Turkiye dan menjadi antara pasukan mencari dan menyelamat (SAR) asing yang terawal tiba ke Turkiye.

“Dalam panggilan kedua, Presiden Turkiye masih memohon kerjasama dan pertolongan kita. Beliau juga laporkan kepada saya bahawa penghargaan rakyat Turkiye amat tinggi terhadap khidmat dan usaha rakyat Malaysia.

Advertisements

Dalam pada itu, Amwar turut memaklumkan kerajaan sudah banyak berjimat dalam urusan penghantaran dua Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) untuk misi mencari dan menyelamat (SAR) ke Turkiye, dengan semua kos penerbangan menghantar 140 anggota SAR itu ditanggung negara berkenaan.

“Kos pasukan SMART telah banyak dikurangkan kerana kos penerbangan ditanggung syarikat penerbangan Turkiye.

“Setakat ini, sekitar RM4 juta dibelanjakan untuk kita menghantar dua pasukan SMART. Malam ini, satu lagi pasukan akan turut dihantar yang termasuk anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Antara lain pasukan kita telah mewujudkan kemudahan hospital medan yang telah dipasang dan beroperasi di Turkiye,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan