27.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Kerajaan tak bercadang perkenalkan semula GST – Anwar

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN tidak bercadang untuk memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta cukai kepenggunaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, sebaliknya langkah lain akan diambil dalam usaha mengurangkan perbelanjaan dan menyelesaikan hutang kerajaan yang kini sudah mencecah RM1.5 trilion, mewakili 82 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Menurut beliau, antara langkah itu termasuklah pengurangan subsidi bagi golongan kaya seperti dilakukan dalam isu subsidi elektrik.

“Seperti yang saya jelaskan di Dewan ini dalam sesi lalu, walaupun ada keputusan kerajaan sebelum ini untuk menaikkan tarif elektrik, kerajaan sekarang sudah membatalkan rancangan itu dan mengenakannya hanya kepada T20, iaitu syarikat multinasional dan syarikat besar, melainkan syarikat yang terbabit dalam keselamatan makanan,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Wong Kah Woh (PH-Taiping) ketika Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Advertisements

Ujar Anwar lagi, terdapat beberapa langkah lain diperkenalkan kerajaan antaranya mengelakkan ketirisan dalam subsidi diesel selain penjanaan ekonomi melalui pelaburan asing dan tempatan yang dipercayai meningkatkan hasil tanpa membebankan rakyat secara umum.

Menurut beliau, antara langkah diambil kerajaan bagi menangani peningkatan hutang negara adalah memperbaiki tatakelola kerana kehilangan wang berbilion ringgit berpunca daripada pengurusan yang lemah dan ketirisan, yang menyebabkan hutang lebih tinggi daripada pertumbuhan ekonomi.

“Selain itu, memastikan asas hasil ditambah dan mengkaji semula kaedah perbelanjaan awam tanpa membebankan rakyat.

“Hal ini boleh kita cerakinkan dalam pembentangan belanjawan pada 24 Februari nanti,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan