26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, October 7, 2022

PM arah KKM beri rawatan terbaik kepada Najib

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar memberikan rawatan yang terbaik yang diperlukan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ismail Sabri berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri itu.

“Saya telah mengarahkan KKM supaya memberikan rawatan yang terbaik diperlukan beliau. Saya doakan beliau diberikan kesihatan,” katanya menerusi ciapan di Twitter beliau.

Terdahulu keadaan mantan Perdana Menteri itu dilaporkan agak teruk.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram pada prosiding perbicaraan penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi Najib di Mahkamah Tinggi, hari ini.

Najib berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Baca juga:   MAFI perlu teruskan jihad perangi orang tengah

Pada 5 September lalu, media melaporkan Ahli Parlimen Pekan itu menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak sehari sebelumnya selepas mengalami sakit perut ketika menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Anak perempuan Najib, Nooryana Najwa pula merayu kepada kerajaan dan Perdana Menteri agar membenarkan bapa beliau mendapat rawatan yang sewajarnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan Najib disahkan sihat sebelum bekas Perdana Menteri itu dibenarkan didiscaj daripada HKL selepas dimasukkan ke hospital itu pada Jumaat lalu.

Baca juga:   PUNB tawar skim baharu untuk individu diberhentikan kerja

Beliau berkata, semasa dimasukkan ke wad, Ahli Parlimen Pekan itu juga diberikan ubat-ubatan yang dipreskrib sama jenisnya dan berada dalam senarai ubatan Kementerian Kesihatan (KKM). – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Maulidur Rasul disambut di WTCKL Ahad ini

SAMBUTAN Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1444H bersamaan 2022M akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL),...

Lagi Artikel Berkaitan