30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 5, 2022

COVID-19 : 2,464 kes baharu, sembilan kematian

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes baharu COVID-19 negara kembali di bawah 3,000 kes dengan 2,464 kes dilaporkan semalam, dengan sembilan kes kematian.

Ia sekali gus menjadikan sehingga kini angka jangkitan akibat penularan berkenaan meningkat kepada 4,757,752 kes.

Menerusi laman sesawang Covidnow, kes baharu itu membabitkan 2,448 kes penularan tempatan dengan 16 lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Pertambahan kes berkenaan menjadikan sehingga kini masih terdapat 38,918 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19.

Daripada jumlah yang dinyatakan itu, sebanyak 37,408 kes atau 96.1 peratus kini sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Secara keseluruhannya, penggunaan ICU di seluruh negara kini mencecah 60.8 peratus dengan 18.5 peratus membabitkan pesakit COVID-19.

Selain itu, sejumlah 3.6 peratus bersamaan 1,409 pesakit pula mendapatkan rawatan lanjut di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) (32) dan Unit Rawatan Rapi (ICU) (69) dengan 33 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Baca juga:   Lebih 2 juta individu sudah menerima dos penggalak

Setakat semalam juga, jumlah keseluruhan angka korban di negara ini meningkat kepada 36,145 kes.

Dalam pada itu, mengenai kes sembuh di negara ini sebanyak 4,427 kes dicatatkan, ia sekaligus menjadikan jumlah kes pulih sepenuhnya daripada jangkitan berkenaan kini adalah 4,682,689 kes.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

Bantuan Musim Tengkujuh pekebun kecil Risda ditambah baik

KABINET bersetuju meluluskan Penambahbaikan skim Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk pekebun kecil getah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah...

Lagi Artikel Berkaitan