33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Kematian murid perempuan di Klang bukan strok haba

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMATIAN seorang murid perempuan di Klang bukannya berpunca daripada strok haba seperti ditularkan di media sosial.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, berdasarkan rekod pemeriksaan kanak-kanak berusia 10 tahun itu, beliau telah hadir ke klinik dalam keadaan kritikal dan didiagnos sebagai gastroenteritis akut dengan komplikasi.

“Rawatan sewajarnya telah diberikan sebelum beliau dirujuk ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

“Namun, beliau telah meninggal dunia pada 9 Mei dan tidak mengalami strok haba seperti yang ditularkan,”katanya dalam kenyataan di laman rasmi Facebook JKNS.

Dr Sha’ari berkata, pihaknya menerima makluman berhubung mesej tular mengenai kematian seorang murid perempuan dipercayai strok haba yang membabitkan seorang murid sekolah di Selangor pada 10 Mei lalu.

Advertisements

“Kejadian itu melibatkan seorang kanak-kanak perempuan yang datang mendapatkan rawatan di salah sebuah klinik kesihatan di Klang.

“Beliau mengalami gejala sakit perut, muntah dan cirit-birit selepas makan malam pada 8 Mei.

“Keesokannya, mangsa telah dibawa ke klinik dan hasil pemeriksaan mendapati beliau hadir dalam keadaan kritikal dan didiagnos kes gastroenteritis akut dengan komplikasi,”katanya.

Sehubungan dengan itu, Dr Sha’ari mengingatkan orang ramai agar tidak memandang ringan gejala cirit-birit dan muntah yang dialami kerana jika tidak terkawal, ia berpotensi untuk menyebabkan situasi kekeringan khususnya dalam musim cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan