26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, December 4, 2023

Isu salah laku: Anthony jumpa Azam Baki Selasa ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Pengangkutan Anthony Loke memberitahu beliau dijangka bertemu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki pada Selasa ini untuk membincangkan isu laporan salah laku petugas jabatan di bawah kementerian.

Anthony berkata, beliau telah menerima laporan (dalaman) mengenai kes-kes itu yang telah diselesaikan, bagaimanapun beliau mengakui terdapat kes tertunggak.

“Saya akan berjumpa dengannya (Azam) mengenai isu yang beliau ingin bangkitkan dan saya menghargai jika beliau boleh memberikan maklumat lanjut,”katanya di luar acara Persidangan Undang-undang dan Perniagaan Maritim 2023 hari ini.

Berkenaan dengan jenis kes-kes berkenaan, beliau berkata, kebanyakan kes melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan, dan ada kes telah diselesaikan menerusi tindakan tatatertib dan sebagainya.

Justeru, Anthony berkata, beliau akan mendapatkan pandangan Azam mengenai isu salah laku di pejabat menteri dan bagaimana untuk mengurangkan risiko terdedah kepada isu-isu yang melibatkan integriti. – BERNAMA

Terkini

Lantik Raja Affandi sebagai Ahli Dewan Negara – Shabery

KERAJAAN diminta mempertimbangkan cadangan melantik calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri...

Lagi Artikel Berkaitan