26 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

JKNK siasat 2 kematian kanak-kanak dikaitkan strok haba

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) masih menyiasat punca kematian dua kanak-kanak berusia 11 dan setahun tujuh bulan yang dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat strok haba, baru-baru ini.

Memetik laporan Bernama, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin, mengesahkan perkara itu.

Berita itu sebelum ini tular dalam media sosial mengenai kematian dua kanak-kanak iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang meninggal dunia di Klinik Kesihatan Balai, Bachok.

Sementara kes berasingan, membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun setengah dari Kampung Kota, Kota Bharu yang meninggal dunia pada Selasa lalu dipercayai kerana strok haba.

Bapa kanak-kanak itu, Ahmad Faris Fazli Mohd Nasir dilaporkan berkata anak tunggalnya, Nur Imani, batuk sejak seminggu lalu dan muntah-muntah beberapa hari selepas itu.

Berita itu mengejutkan banyak pihak, bahkan ada yang semakin berjaga-jaga dengan memastikan tidak berlaku dehidrasi terhadap anak masing-masing.

Sementara itu, Public Health Malaysia (PHM) melalui hantaran di Facebook memaklumkan, terdapat beberapa tanda boleh dikesan sekiranya diserang strok haba antaranya muka merah, sakit kepala, tangan sejuk, pening dan muntah.

Advertisements

Menurut PHM, tanda-tanda berkenaan perlu dicegah berikutan ia boleh mendatangkan bahaya kepada nyawa seseorang.

“Terkini kita dikejutkan dengan tragedi sebuah keluarga yang telah kehilangan anak mereka disebabkan strok haba.

“Kami mengucapkan takziah atas kehilangan anak yang disayangi,” katanya.

Menerusi hantaran itu juga, PHM turut mengingatkan orang ramai untuk sentiasa terhidrat, elak tinggal anak di kenderaan, berpakaian terang, ringan dan longgar, bermain di tempat teduh dan kekal di rumah.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan status cuaca panas tahap berjaga-jaga iaitu suhu harian mencecah ke 35 sehingga 37 darjah Celcius terutamanya di kawasan Utara Semenanjung.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan