29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Liga Super: KL City mudah tundukkan PDRM 

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KUALA Lumpur City FC berjaya raih tiga mata penuh dengan menewaskan PDRM 3-0 di Stadium Cheras, dalam aksi Liga Super berdepan PDRM, malam tadi.

Beraksi di laman sendiri semestinya memberi kelebihan buat The City Boys.

Romel Morales menghadiahkan gol pertama buat KL City di minit ke-14.

Kapten, Paulo Josue menambah gol kedua, lapan minit kemudian.

Advertisements

Tchetche Kipre berjaya meledak gol ketiga KL City pada tiga minit sebelum perlawanan tamat.

Kemenangan keempat yang dilakar dalam Liga Super itu membolehkan KL City naik ke tangga keenam dengan mengumpul 15 mata selepas mengharungi sembilan perlawanan.

Sementara itu, PDRM menghuni tangga ke-10 dan mengumpul 10 mata dalam 10 perlawanan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan