26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Hujan lebat, ribut petir di seluruh negara dijangka hingga Ahad

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan beberapa kawasan di seluruh negara akan mengalami hujan lebat dan ribut petir mulai hari ini hingga Ahad.

MetMalaysia memaklumkan, pagi ini hujan dialami di satu dua tempat di kawasan pantai membabitkan Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu selain Sarawak (Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri) serta Sabah (Pedalaman, Sandakan, Kudat dan Labuan).

Sebelah petang pula, ribut petir dijangka berlaku di beberapa tempat di ibu negara selain satu dua tempat di Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan pedalaman Perlis serta Kelantan.

Hujan di kebanyakan tempat pula diramal di Perak.

Di Sarawak, ribut petir diramal di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

Di Sabah pula, ribut petir dijangka di satu dua tempat di kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Kudat, Tawau dan Sandakan.

Malam nanti, ribut petir dijangka berlaku di satu dua tempat di Kedah, Pulau Pinang, Pahang serta Sabah (Pedalaman dan Labuan).

Selain itu, hujan diramal di kebanyakan tempat di Perak selain satu dua tempat di Selangor, ibu kota, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu, Kelantan, Sarawak (Kapit, Bintulu dan Miri) serta Sabah (Pantai Barat).

Esok (Sabtu), hujan dijangka dibeberapa tempat di Perak selain di satu dua kawasan di Selangor, Pahang dan Sabah (Sandakan, Kudat dan Labuan).

Petang esok, hujan beserta ribut petir dijangka membadai Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Selangor, ibu kota, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka Johor, Kelantan, Sarawak (Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang) serta Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat).

Advertisements

Sebelah malam pula, hujan dijangka berlaku di beberapa tempat diPerak selain di satu dua tempat di ibu negara, Putrajaya, Melaka serta kawasan pedalaman Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

Ribut petir diramal di satu dua tempat di Kedah, Pulau Pinang, Terengganu dan Pahang selain satu dua kawasan di pedalaman Kelantan.

Di Sarawak, hujan diramal di satu dua tempat iaitu di Sarikei, Sibu dan Mukah. Ramalan hujan beserta ribut petir pula dijangka di Labuan, kawasan pedalaman dan pantai barat di Sabah.

MetMalaysia turut memaklumkan, pada pagi Ahad, ribut petir diramal berlaku di satu dua tempat di Kelantan dan Terengganu manakala hujan pula dijangka melanda kebanyakan tempat di Pahang, Perlis, Kedah selain satu dua tempat di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak (Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang) serta Sabah (Sandakan, Kudat dan Labuan).

Pada petang Ahad, ribut petir dijangka di satu dua tempat di Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Selangor, ibu kota, Putrajaya, Melaka, Perlis, Kelantan, Perak, Negeri Sembilan, Johor,Sarawak (Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang) serta Sabah (Pedalaman dan Pantai Barat).

Hujan dijangka melanda di satu dua tempat di Sabah (Tawau, Sandakan dan Kudat).

Selain itu, pada sebelah malam, hujan diramal di satu dua tempat di ibu kota, Putrajaya, Melaka, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak (Miri dan Limbang) serta Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Tawau dan Labuan).

Amaran ribut petir juga dijangka di satu dua kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang dan Kelantan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan