31.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Kelantan negeri paling mundur kerana PAS gagal – Faiz Fadzil

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KELANTAN merupakan negeri paling mundur disebabkan kelemahan tatakelola kerajaan pentadbiran PAS dalam menguruskan masalah sampah di negeri berkenaan.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat Amanah, Faiz Fadzil berkata, isu kotor dan masalah sampah masih tidak berkesudahan di Kelantan adalah fakta yang tidak boleh dinafikan, berbanding Pulau Pinang yang bersih di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

“Kelantan yang merupakan antara negeri termundur di Malaysia adalah hasil daripada kegagalan pentadbiran kerajaan PAS dalam memajukan ekonomi tempatan dan membasmi kemiskinan selain turut berdepan isu alam sekitar yang kritikal.

“Bukan setahun dua, tetapi ianya sudah berlarutan berdekad lamanya. Kerajaan PAS sekarang lebih berminat membeli kereta Mercedes daripada menyelesaikan masalah air, membins stesen bas yang lebih baik dan selesa serta menangani isu alam sekitar akibat pembalakan yang berleluasa,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi membidas tindakan Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Firdaus Nawi yang menyelar kenyataan Ketua Pengarah J-KOM Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berhubung isu berkenaan.

Faiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir mengalu-alukan Mohd Firdaus dan pemimpin PAS untuk membuat lawatan sambil belajar ke negeri itu.

Advertisements

“Untuk rekod, di bawah pentadbiran PH, Pulau Pinang merupakan antara negari terawal melaksanakan Dasar Pengasingan Sisa di Punca sejak 2016 lagi. Bagi tahun 2021, Pulau Pinang telah berjaya mencapai kejayaan kadar kitar semula yang tertinggi di Malaysia iaitu 51.18%. Menjelang 2030, ia dijangka naik ke 70%.

“Manakala, data saintifik yang diperakui oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan air terawat di Pulau Pinang adalah antara yang terbersih dan selamat. 

“Bukan itu sahaja, kerajaan negeri Pulau Pinang sedang melaksanakan Pelan Kontingensi Air Mentah di mana kapasiti air mentah dijangka meningkat sebanyak 569 juta liter sehari menjelang 2030. Pulau Pinang sedang menuju ke arah bekalan air mentah yang lebih mapan,” ujarnya.

Sebelum ini, PAS Kelantan menempelak perbandingan isu kemudahan asas yang dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff di antara negeri Pulau Pinang dan Kelantan.

Agus membangkitkan tentang tiga isu yang merimaskannya ketika pulang berhari raya di Kelantan.

Tiga perkara itu adalah bekalan air yang tidak berkualiti, jalan tidak diselenggara dengan baik dan persekitaran yang kotor kerana sampah tidak diuruskan secara sistematik. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan