25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Mael XPDC meninggal dunia, PM ucap takziah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemergian penyanyi kumpulan XPDC Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael meninggalkan dampak mendalam terhadap industri muzik rock tempatan.

Ujar Anwar, hal ini kerana Allahyarham Mael merupakan antara nama besar dalam lapangan seni tanah air.

“Saya utus takziah kepada keluarga Allahyarham saudara Syed Ismail yang menyahut panggilan Ilahi.

“Saya turut berduka dan mendoakan roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,” katanya dalam media sosial beliau hari ini.

Berita kematian Mael, 55, turut dikongsi oleh pengurusnya yang dikenali sebagai Bro Yazid di laman Facebook beliau.

Advertisements

“Innalillahiwainnailaihirojiun, al-Fatihah, penyanyi XPDC Syed Ismail Syed Ibrahim (Mael) telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar pukul 9 malam tadi,” katanya.

XPDC merupakan kumpulan rock popular ketika era 1980 hingga 1990-an dan sering mengadakan konsert di tapak pesta di seluruh negara sehingga diberi jolokan sebagai “Raja Funfair”.

Rata-rata pengikut meluahkan rasa sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham sambil mendoakan semoga penyanyi yang terkenal dengan lagu Semangat Yang Hilang itu tenang di alam baqa.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan