27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Penjaring terbanyak sepanjang zaman Itali meninggal dunia

Mesti Baca

PENJARING terbanyak sepanjang zaman skuad kebangsaan Itali,  Luigi Riva meninggal dunia pada usia 79 tahun.

Perkara itu diumumkan oleh Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC) dalam satu kenyataan, awal pagi tadi.

Riva yang dianggap antara penyerang terbaik sepanjang zaman dengan penampilan fizikal dan rembatan padu membolehkannya diberi julukan ‘Rombo di Tuono’ apabila meledak 35 gol dalam 42 aksi untuk Itali.

Riva dikatakan kurang sihat di rumahnya di Sardinia, hujung minggu lalu dan disyaki mengalami masalah jantung.

Advertisements

Dia antara anggota skuad Itali yang memenangi Kejohanan Eropah pada 1968 dan beraksi di Piala Dunia 1970 apabila Itali muncul naib juara kepada Brazil yang disertai Pele.

“Saya gementar dan sangat sedih. Bola sepak Itali bermuram kerana ikon kebangsaan sudah meninggalkan kami,” kata Presiden FIGC, Gabriele Gravina.

Kenyataan FIGC memaklumkan, tempoh diam seminit bagi memperingati pemain itu akan diadakan pada semua perlawanan hujung minggu ini. -Agensi

 

Advertisements

Terkini

Kempen dengan idea, hujah bukan hina pihak lawan – Akmal

KETUA Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh mahukan agar para pemimpin dan penyokong Perikatan Nasional (PN) berkempen secara sihat dan...

Lagi Artikel Berkaitan