28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Dari kemeja batik, Eizlan ‘terjebak’ hasilkan baju kurta

Mesti Baca

MINATNYA sering menggayakan baju batik mencetuskan idea buat pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof ‘terjebak’ dalam perniagaan menghasilkan baju kurta.

Eizlan yang juga duta kepada jenama Annissa My Batik berkata, idea itu tercetus selepas masing-masing berbincang untuk mengeluarkan koleksi edisi Hari Raya Aidilfitri.

“Selepas berbincang saya mengambil peluang untuk mengeluarkan baju kurta jenama sendiri, kerana saya sendiri begitu meminati baju kurta.

“Ini kerana potongannya yang longgar ditambah fabrik cotton yang lembut memberi keselesaan kepada si pemakai.

“Saya sendiri, sukakan apa sahaja pakaian yang selesa, mudah untuk bergerak dan sesuai dengan cuaca negara kita.

“Kerana itulah saya memilih baju kurta yang dilihat paling sesuai dan boleh dipakai secara kasual atau rasmi di mana-mana majlis,” katanya ketika ditemui pada sesi pengenalan koleksi kurta yang diberi nama Joe Kurta by Eizlan Yusof, baru-baru ini.

Eizlan berkata, sebagai permulaan sebanyak 1,200 helai akan dijual di mana enam pilihan warna dihasilkan bagi melihat sambutan orang ramai terhadap koleksi ini.

“Sebagai pengenalan kita hasilkan enam warna sahaja dahulu antaranya putih, hitam, kelabu, hijau, merah dan khaki.

Advertisements

“Harga asal adalah RM119 dan promosi selama dua mingu kami jual pada harga RM79 sahaja.

“Insya-Allah, jika mendapat permintaan baik dari pelanggan, kami akan cuba tingkatkan pengeluaran.

“Namun begitu, buat masa ini pengeluaran mengikut kemampuan kilang kerana saya tidak mahu berlaku masalah tidak dapat memenuhi permintaan pasaran,” katanya lagi. 

Sementara itu Pengasas Annissa My Batik, Nur Annissa Hawa Zaidi berkata, pihaknya memilih menjalinkan kerjasama dengan Eizlan Yusof memandangkan pelakon itu memahami kesesuaian pemakaian batik dan kurta.

“Saya melihat dia mengikuti perkembangan pakaian untuk orang lelaki.

“Saya berharap kerjasama penghasilan kurta ini dapat meluaskan lagi jenama Joe Kurta dan Annissa My Batik di seluruh Malaysia,” katanya.

Joe Kurta by Eizlan Yusof boleh didapati di beg kuning TikTok rasmi Annissa My Batik atau secara fizikal di KL East Mall atau Four Season, Kuala Lumpur. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan