28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

7 pemandu bas terlibat dadah bakal digantung lesan – JPJ

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TUJUH pemandu bas yang dikesan berada di bawah pengaruh dadah sepanjang kempen dan Ops Bersepadu Hari Raya Aidilfitri (HRA) bakal berdepan tindakan penggantungan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pengarah Kanan Penguatkuasanya, Datuk Lokman Jamaan berkata, kes yang masing-masing berlaku di Pulau Pinang, Melaka, Perak dan Perlis itu disiasat di bawah Seksyen 36 serta Seksyen 56 Akta 333.

Menurutnya, kesemua pemandu tersebut telah diserahkan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk tindakan lanjut dan syarikat bas berkenaan juga akan diaudit menerusi Laporan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) JPJ bagi melihat tahap kepatuhan mereka.

“Tindakan susulan seperti cadangan penggantungan atau pembatalan permit akan turut dikemukakan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) selepas siasatan selesai dijalankan.

“Pemandu terbabit juga boleh dikenakan tindakan kerana dianggap gagal menyelenggara kenderaan masing-masing dengan baik,” katanya ketika turut serta dalam Ops Motosikal sempena Ops HRA berhampiran tol menuju ke Jambatan Pulau Pinang, malam tadi.

Dalam op berkenaan, sekurang-kurangnya 47 buah motosikal disita atas pelbagai kesalahan termasuk tiada perlindungan insurans, tiada lesen memandu serta beberapa kesalahan teknikal lain.

Advertisements

Hadir sama ialah Pengarah JPJ Pulau Pinang, Adenan Md. Isa itu.

Sementara itu, Lokman berkata, secara keseluruhannya, sebanyak 71,688 notis atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) serta peraturan di bawahnya sepanjang kempen antara 18 April sehingga semalam.

Daripada jumlah itu, 729 buah kenderaan juga telah disita atas pelbagai kesalahan sepanjang tempoh itu melalui aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan di koridor penguatkuasaan yang melibatkan 291 lokasi ‘point of duty’ (POD) di seluruh negara.

Selain itu, 37 peratus atau 26,354 daripada keseluruhan notis itu melibatkan tujuh kesalahan utama antaranya memandu melebihi had laju dengan 19,489 notis, tidak mematuhi isyarat lampu merah (5,653 notis) dan tidak memakai tali pinggang atau topi keledar (667 notis).

“Kesemua kesalahan ini telah didaftarkan di dalam sistem mySikap sebagai kesalahan yang tidak boleh dikompaun dan OKS (orang kena saman) perlu hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan notis saman yang dikenakan,” katanya yang memberitahu, OKS juga akan dikenakan ‘mata demerit’ mengikut kesalahan yang dilakukan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan