24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Anwar doakan Erdogan sembuh

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan semoga Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang mengalami radang perut baru-baru ini semakin sembuh.

Anwar memaklumkan, beliau sempat berhubung dengan Presiden Turkiye itu semalam untuk bertanyakan perkembangan kesihatannya ketika ini.

“Saya sempat bercakap dengan Presiden Erdogan malam tadi. Alhamdulillah, beliau bertambah sihat dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan.

“Semoga beliau terus diberi kekuatan dan kecergasan, InshaAllah,” katanya dalam Facebook, hari ini.

Advertisements

Terdahulu media melaporkan, wawancara Erdogan dengan penyiar tempatan secara tiba-tiba terganggu pada malam hari Selasa apabila pemimpin Turkiye itu berasa tidak sihat semasa acara langsung itu kerana mengalami radang perut yang juga dikenali sebagai gastroenteritis.

Wawancara bermula lewat malam Selasa kerana kesibukan kempen pilihan raya presiden.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan