32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

PM ziarah Musa Hitam

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam dan keluarga pada Khamis.

Perdana Menteri memaklumkan, beliau dan Musa turut bertukar pandangan berhubung pelbagai isu semasa pada waktu tersebut.

“Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menziarahi Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam dan keluarga.

“Kami berdua sempat bertukar pandangan terkait pelbagai isu mutakhir ini,” katanya dalam kiriman di Facebook.

Perdana Menteri juga turut mendoakan Musa diberi kesihatan berpanjangan di samping keluarga.

Sebelum ini, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam selesai menjalani pembedahan pada otak selepas jatuh ketika berkebun pada minggu lepas.

Perkara tersebut dikongsikan bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB), Tan Sri Nazir Razak di laman Instagramnya baru-baru ini. – Edisi 9

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH/BN wakili kerajaan perpaduan

CALON Pakatan Harapan/Barisan Nasional (PH/BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu akan mewakili...

Lagi Artikel Berkaitan