27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Strok haba: KKM rekod 14 kes setakat semalam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 14 kes strok haba sehingga semalam, susulan cuaca panas yang melanda negara ketika ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Suani, berkata pihaknya menjangkakan kes strok haba terus meningkat akibat cuaca panas yang dijangka sehingga Ogos ini.

“Sehingga semalam, 14 kes dilaporkan namun masih terkawal dan mampu ditampung di fasiliti kesihatan seluruh negara.

“Terdapat enam kes dilaporkan di Kelantan, Sarawak (5) dan Sabah (3) dengan paling ramai membabitkan golongan dewasa iaitu tujuh kes,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan 4th Intermediate Electrocardiogram Conference 2023 anjuran Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, hari ini.

Advertisements

Mengulas lanjut, Lukanisman berkata, daripada jumlah kes itu, 13 mangsa sudah pulih kecuali satu kes kematian di Kelantan membabitkan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.

Sementara itu, menurutnya, KKM mengenal pasti lokasi yang mengalami suhu tinggi menerusi kerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) untuk tindakan segera termasuk menyediakan fasiliti kesihatan.

“Memandangkan cuaca panas sehingga Ogos ini, orang ramai yang dikesan mengalami simptom strok haba disarankan untuk mendapatkan rawatan segera di hospital berdekatan.

“Ibu bapa pula tidak perlu bimbang untuk hantar anak ke sekolah, sebaliknya mengambil langkah berjaga-jaga terutama pengambilan air secukupnya selain tidak melakukan aktiviti sukan berlebihan,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan