26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Konvensyen Nasional: Kehadiran pimpinan parti dialukan

Ini mewakili wajah sebenar Malaysia yang inklusif dan rencam berpaksikan nilai-nilai toleransi, hormat menghormati dan kasih sayang.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEHADIRAN seluruh pimpinan, pendokong dan penyokong semua 19 parti-parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia ke Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang pertama esok sangat dialu-alukan.

Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata lebih 10,000 pimpinan di semua peringkat parti-parti yang membentuk kerajaan itu akan mencerminkan wajah sebenar Malaysia yang inklusif dan rencam.

“Saya mengalu-alukan kehadiran seluruh pimpinan, pendokong dan penyokong semua 19 parti-parti politik yang membentuk kerajaan ke Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan Malaysia esok bermula 9 pagi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Advertisements

“Insya-Allah kita meraikan kehadiran delegasi tidak kurang daripada 10,000 pimpinan di semua peringkat daripada sayap-sayap Wanita, Pemuda, Bahagian, Cabang, Negeri dan Nasional 19 parti-parti politik yang mewakili pelbagai agama, bangsa dan wilayah.

“Ini sekaligus mewakili wajah sebenar Malaysia yang inklusif dan rencam berpaksikan nilai-nilai toleransi, hormat menghormati dan kasih sayang,” katanya mewakili Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan dan Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia.

Dalam satu hantarannya di Facebook, hari ini beliau turut mengajak semua para penyokong dan pendokong Kerajaan Perpaduan untuk hadir bersama dalam konvensyen berkenaan esok. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

SU Politik PM kecewa Malindo Air tutup pintu lebih awal

SETIAUSAHA Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin kecewa apabila pesawat Malindo Air yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan