32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Ekonomi negara berkembang 5.3 peratus suku pertama 2023 – PM

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PRESTASI ekonomi Malaysia mencatatkan peningkatan di suku pertama tahun 2023 terutama membabitkan sektor perkhidmatan dan pembuatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prestasi itu disokong oleh peningkatan aktiviti ekonomi pertumbuhan berasaskan luas merentas semua sektor.

Beliau yang juga Menteri Kewangan memaklumkan sektor perkhidmatan yang berkembang sebanyak 7.3 peratus bagi tempoh berkenaan dan sektor pembuatan pula meningkat sebanyak 3.2 peratus dalam tempoh sama.

“Prestasi ekonomi Malaysia pada suku pertama 2023 disokong oleh peningkatan aktiviti ekonomi pertumbuhan berasaskan luas merentas semua sektor terutamanya sektor perkhidmatan yang berkembang sebanyak 7.3% dan pembuatan sebanyak 3.2%. 

Advertisements

“Pengembangan ekonomi juga disokong oleh permintaan domestik yang mampan terutamanya perbelanjaan swasta berikutan penambahbaikan berterusan dalam pasaran buruh,” katanya melalui hantaran di Facebook pada hari ini.

Dalam hantaran itu, beliau turut berkongsi infografik mengenai prestasi ekonomi Malaysia pada suku pertama tahun ini.

Infografik itu menunjukkan pertumbuhan suku pertama 2023 negara adalah pada kadar 5.6 peratus yang menyumbang kepada sasaran pertumbuhan ekonomi keseluruhan tahun ini antara 4.0 hingga 5.0 peratus.

Prestasi itu menunjukkan pertumbuhan yang lebih kukuh berbanding suku pertama tahun 2022 iaitu 4.8 peratus. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan