26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Pengasuh ditahan polis, disyaki dera bayi 7 bulan

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan seorang pengasuh kerana disyaki mendera bayi lelaki jagaannya yang berusia tujuh bulan di Taman Universiti, Johor Bahru, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner M S Balveer Singh berkata, pengasuh yang merupakan wanita tempatan itu ditahan di rumahnya.

Penahanan dibuat selepas satu laporan polis dibuat ibu bayi berkenaan kira-kira jam 4.30 pagi semalam.

“Ibu mangsa bersama suami telah membawa mangsa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi mendapatkan rawatan.

“Hasil pemeriksaan pegawai perubatan mendapati terdapat beberapa kesan lebam di tubuh badan mangsa.

Advertisements

“Mangsa kini dalam keadaan stabil dan di bawah pemerhatian pihak HSA,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas siastan awal dijalankan pihaknya.

Tambahnya, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Suspek juga pernah dituduh di bawah akta yang sama sebelum ini kerana disyaki mendera kanak-kanak lain pada 2021.

“Kes ini masih dalam proses perbicaraan di mahkamah,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan