34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Cubaan warga Thailand seleweng minyak diesel gagal

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN seorang lelaki warga Thailand yang cuba menyeleweng minyak diesel yang diisi dalam tangki tambahan kenderaan pikap yang dipandunya gagal apabila ditahan polis, semalam.

Lelaki berusia 40-an itu ditahan anggota Batalion 1, Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika kenderaan dengan pendaftaran Thailand itu melalui sekatan jalan raya di Durian Burung, sekitar jam 11.45 pagi.

Pengarah KPDN Kedah, Affendi Rajini Kanth, berkata pemeriksaan menemui 150 liter diesel dalam tangki diubah suai yang disyaki digunakan untuk penyelewengan. Kenderaan pikap itu kemudian disita untuk siasatan lanjut.

Advertisements

“Anggaran nilai rampasan minyak diesel adalah sebanyak RM323 manakala anggaran nilai rampasan keseluruhan adalah sebanyak RM40,323,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Affendi berkata, KPDN ingin memberi amaran keras dan menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terbabit dalam sindiket yang membabitkan aktiviti penyelewengan barang-barang kawalan.

Tindakan tegas akan diambil termasuklah mendakwa mereka di mahkamah berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) (Akta 613). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bekas kakitangan Utusan dapat persetujuan Mahkamah Persekutuan

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan