27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Empat warga Indonesia ditahan cuba seludup minyak

Mesti Baca

EMPAT lelaki warga Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kerana cuba menyeludup minyak di perairan Tanjung Piai, Pontian, Johor kira-kira pukul 6 pagi ini.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, mereka yang ditahan berusia 33 hingga 50 tahun didapati cuba menyeludup minyak disyaki diesel menggunakan bot kayu tanpa nama di kedudukan 3.5 batu nautika tenggara Tanjung Piai.

Beliau berkata, bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan operasi telah mengesan bot kayu dalam keadaan mencurigakan sekitar pukul 5.30 pagi sebelum melakukan pemeriksaan lanjut terhadap bot kayu tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai pengenalan diri dan membawa sekitar 1,880 liter bahan bakar disyaki diesel di dalam tong minyak pelbagai saiz,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nurul Hizam berkata, kesemua suspek dan bot kayu telah ditahan serta dibawa ke Jeti Maritim Sungai Pulai bagi siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Kastam 1967 manakala minyak disyaki diesel sebanyak 1,880 liter turut disita.

Untuk perbandingan, minyak diesel di Malaysia berharga RM2.15 seliter manakala di Indonesia berharga sekitar RM4.49 seliter.

Advertisements
Salah satu bubu naga yang dipasang di perairan Selangor.

Sementara itu, Maritim Negeri Selangor merampas sebanyak 10 set bubu naga di perairan Klang, petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, rampasan dilakukan pada pukul 1 petang oleh bot ronda Maritim Negeri Selangor dalam OP EHSAN dan OP TIRIS 3.0 di sepanjang perairan Selangor.

“Hasil rondaan dan pemantauan di sektor operasi, terdapat satu pelampung yang diikat dengan peralatan disyaki bubu naga di kedudukan kira-kira 0.1 Batu Nautika Tanjung Bakau, Pulau Klang,

“Setelah kru bot ronda membuat pemerhatian lebih daripada setengah jam mendapati tiada bot nelayan yang menghampiri kawasan tersebut.

“Sebanyak 10 set disyaki bubu naga yang dipasang secara haram oleh pihak tidak bertanggungjawab telah dirampas dan disyaki melanggar kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan