33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

JKNS, PDRM siasat kes kematian petugas kesihatan

Pihak JKNS telah menjalankan siasatan bagi kedua-dua kes dan polis juga sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kematian

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan berhubung kes kematian mengejut dua petugas kesihatan di Klang baru-baru ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian petugas yang berkhidmat di dua fasiliti kesihatan berbeza masing-masing pada 4 dan 6 Jun lalu.

“Situasi ini dianggap menyedihkan kepada semua terutama ahli keluarga dan kenalan rapat individu tersebut.

“Pihak JKNS telah menjalankan siasatan bagi kedua-dua kes dan polis juga sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kematian,”katanya dalam satu kenyataan memetik laporan Sinar Harian.

Dr Sha’ari berkata, semua pihak dinasihatkan mengelak daripada membuat sebarang spekulasi dan tidak menyebarkan maklumat berkaitan dengan dua kes berkenaan.

Advertisements

“Orang ramai diminta memberikan ruang privasi kepada mereka yang menempuh tempoh sukar berkenaan,”ujar beliau.

Sehubungan itu, katanya, Dr. Sha’ari mengingatkan mana-mana individu yang mengalami masalah emosi supaya tampil mendapatkan bantuan sokongan daripada golongan profesional.

Tambahnya, mereka boleh menghubungi Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental, di 15555 yang dikendalikan oleh Pegawai Psikologi (Kaunseling) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Talian itu beroperasi setiap hari bermula jam 8 pagi sehingga 12 tengah malam,” katanya.

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan