36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kes SRC: Najib lafaz sumpah laknat ketiga malam ini

Solat hajat dan bacaan doa munajat itu diadakan bagi merujuk kepada proses rayuan akhir berhubung kes Najib di Mahkamah Persekutuan yang dijadualkan berlangsung pada esok.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melafazkan sumpah laknat di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur malam ini bagi menafikan pembabitannya berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Sebelum ini, Najib pernah melafazkan sumpah laknat di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali ketika diberi peluang bercakap selepas penghujahan mitigasi pendakwaan dan pembelaan pada 28 Julai 2020.

Pada 8 Disember 2021 (tahun lalu), Najib sekali lagi mengulangi lafaz sumpah laknat sebagai menyatakan beliau tidak bersalah di atas tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana SRC.

Najib dalam sumpah laknat malam ini memaklumkan bahawa beliau tidak pernah mengetahui secara khusus atau sebaliknya bahawa dana sebanyak RM42 juta itu, datangnya daripada syarikat SRC secara langsung atau tidak, sehingga kini.

“Kedua, aku tidak pernah menerbitkan atau bersetuju untuk mewujudkan syarikat SRC untuk tujuan merangkumkan apa-apa dana bagi tujuan peribadi atau keluargaku.

“Ketiga, aku tidak pernah mengarahkan mana-mana anggota pengarah atau mana-mana pegawai SRC untuk menyelewengkan apa-apa dana syarikat SRC ke dalam akaun bank aku untuk apa-apa tujuan.

“Keempat, aku tidak pernah terlibat dalam mesyuarat Kabinet untuk meluluskan jaminan-jaminan kerajaan bagi pinjaman Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) sebanyak RM4 billion kepada syarikat SRC bagi tujuan aku mendapatkan habuan haram sebanyak RM42 juta tersebut,” katanya dalam lafaz sumpah itu.

Terdahulu, Najib bersama anak lelakinya, Nor Ashman Najib tiba di masjid berkenaan 8.20 malam tadi sebelum disertai isterinya Datin Seri Rosmah Mansor kira-kira 20 minit kemudian.

Najib menyertai kariah Masjid Kampung Baru, menunaikan Solat Isyak bersama beberapa pemimpin UMNO termasuk Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Selepas menunaikan solat Isyak, Ahli Parlimen Pekan itu dan kariah melaksanakan solat hajat dan bacaan doa munajat sebelum Najib melafazkan sumpah laknat berkenaan.

Solat hajat dan bacaan doa munajat itu diadakan bagi merujuk kepada proses rayuan akhir berhubung kes Najib di Mahkamah Persekutuan yang dijadualkan berlangsung pada esok.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Malaysia Negeri Johor menyerbu sebuah pusat hiburan di Taman Mount Austin, Johor Bahru awal pagi ini dan...

Lagi Artikel Berkaitan