24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Moga tiada siapa yang persenda sumpah laknat Najib

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berharap tiada siapa yang mempersendakan sumpah laknat mubahalah yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Masjid Kampung Baru, malam tadi.

Mohd Puad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rengit yang turut menyaksikan sumpah laknat itu berkata, Najib sanggup dilaknat Allah SWT jika bercakap bohong berhubung kes mahkamah yang dihadapinya.

Malam tadi saya diizinkan oleh Allah untuk menyertai solat hajat berjemaah dengan Najib di Masjid Kampung Baru. Selepas itu saya antara jemaah yang menjadi saksi hidup apabila Najib melakukan ‘sumpah laknat mubahalah’.

“Najib bercakap dengan yakin dari hati nurani beliau. Najib sanggup dilaknat Allah jika dia bercakap bohong.

“Dalam masa sama dia memohon kepada Allah melaknat mereka yang menzalimi dan memfitnahnya termasuk yang bersekongkol.

Advertisements

“Semoga tidak ada siapa yang mempersenda sumpah laknat oleh Najib kecuali mereka bersedia menerima laknat dari Allah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkata, ramai yang hadir di masjid berkenaan malam tadi tanda solidariti termasuk pendakwah terkenal Ustaz Datuk Kazim Elias.

Terdahulu, Najib melakukan sumpah mubahalah di depan jemaah di Masjid Kampung Baru menjelang prosiding rayuan akhirnya berhubung sabitan kes SRC International Sdn Bhd (SRC) di Mahkamah Persekutuan pada Selasa ini.

Dalam sumpahnya, Ahli Parlimen Pekan itu mengulangi penafian terbabit dalam kes SRC atau mengarahkan mana-mana pihak untuk menyelewengkan dana syarikat berkenaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan