Wednesday, July 22, 2026

Lelaki ditahan rosak Jalur Gemilang di ibu negara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki ditahan pihak penguatkuasa kerana dipercayai merosakkan Jalur Gemilang, di Brickfields, Kuala Lumpur.

Berdasarkan gambar dikongsikan di Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), lelaki berkenaan didapati mencabut Jalur Gemilang di jejambat Jalan Syed Putra sebelum membuang bendera tersebut.

Bagaimanapun, DBKL memaklumkan, pelaku ditahan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Semalam sahabat-sahabat dari Jabatan Penguatkuasaan sekali lagi membuat penahanan individu yang didapati merosakkan Jalur Gemilang yang dipasang oleh DBKL. Kali ini lokasinya di Brickfields.

“Kenapa Jalur Gemilang yang menjadi sasaran? Suspek telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” menurut perkongsian itu pada Isnin.

Kejadian di Brickfields itu adalah kejadian ketiga dilaporkan DBKL membabitkan Jalur Gemilang dirosakkan.

Kejadian pertama dilaporkan berlaku pada 6 Ogos di Jalan Sultan Ismail manakala kejadian kedua pada 17 Ogos di bangunan MITEC, Jalan Ampang membabitkan pelaku sama yang menggunting bendera tersebut. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan