28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Jangan guna alasan takut Parlimen tergantung – Ahmad Zahid

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“JANGAN gunakan alasan takut Parlimen tergantung seperti cuba dikhabarkan bagi menghalang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan,” tegas Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, Parlimen tergantung adalah mitos politik.

“Maksud mitos ialah cerita-cerita lama yang dianggap benar, namun tidaklah benar atau direka-reka.

“Mitos politik pula ialah menceritakan perkara yang kurang benar malah boleh dibuktikan sebaliknya.

“Baru-baru ini Profesor Sains Politik dan Demokrasi tersohor, Dr Wong Chin Huat memberikan pencerahan mengenai isu parlimen tergantung.

“Menariknya beliau menyampaikannya dalam Simposium Keluarga Malaysia yang dirasmikan oleh Perdana Negeri siang semalam.

“Profesor Sains Politik dan Demokrasi tersebut menjelaskan bahawa tiada apa-apa yang perlu ditakuti atau dibimbangkan jika berlaku hung parlimen atau parlimen tergantung,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata, keadaan ini bukanlah situasi yang teruk seperti digambarkan pihak tertentu malah tidaklah menyebabkan kemusnahan sesebuah negara atau ekonomi terjejas teruk.

“Sebaliknya kita perlu ada pemahaman politik komparatif yang lebih dalam sistem politik. Kerajaan New Zealand 1996-2020 ialah terbentuk daripada itu akan tetapi tetap maju dan stabil.

“Autoriti pencerahan oleh Profesor Sains Politik tersebut mampu memberikan pencerahan dan membuka mata hati pemahaman mitos politik semasa.

“Justeru, janganlah menggunakan alasan takut parlimen tergantung seperti cuba dikhabarkan bagi menghalang PRU diadakan,” katanya.

Media melaporkan, Chin Huat berkata, soal yang menjadi kerisauan ramai ketika ini termasuk Perdana Menteri sendiri iaitu kemungkinan berlakunya ‘hung Parliament’ atau Parlimen tergantung sebenarnya tidaklah menyebabkan keadaan yang teruk seperti digambarkan.

“Pembetukan sesebuah kerajaan campuran katanya bukanlah sesuatu yang asing berlaku di dunia atau menyebabkan kerosakan terhadap sesebuah negara.

Sebaliknya jika dilihat dengan lebih luas konteks tersebut, jelasnya lagi, ada negara yang berjaya disebabkan kekuatan yang diperolehi daripada campuran kerajaan yang dibentuk. – Edisi 9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan