26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, September 26, 2022

Lelaki menyamar Raja Muda Perak didenda RM 4,000

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Sultan Kedah di Wisma Darul Aman di sini kira-kira pukul 11.30 pagi, 28 Jun lalu.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki didenda sebanyak RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Alor Setar 3, Kedah, hari ini setelah mengaku bersalah atas pertuduhan menyamar sebagai Raja Muda Perak pada Jun lalu.

Tertuduh, Mohammad Fadhil Lope, 39, membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Muhammad Zul Hilmi Latif.

Dia turut diperintahkan menjalani hukuman penjara selama 10 bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa cuba memperdaya seorang petugas di Pejabat Sultan Kedah di sini dengan cara menyamar agar dibenarkan berjumpa Sultan Kedah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Sultan Kedah di Wisma Darul Aman di sini kira-kira pukul 11.30 pagi, 28 Jun lalu.

Baca juga:   Jumlah kes BID di Kedah membimbangkan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Negeri, Asmaa’ Zamri mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Muhammad Syafiq Ahmad.

Untuk rekod, lelaki berkenaan ditahan 17 Ogos lalu selepas disyaki cuba menyamar sebagai kerabat diraja Perak menggunakan kad pengenalan serta gelaran palsu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya turut merampas kad kuning dimiliki suspek yang menggunakan nama Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja Muda Perak.

Beliau berkata, suspek menunjukkan kad Kuning tertera gelaran Raja Muda Perak beserta nombor telefon dan nama ‘DYMM Raja Muda Perak Tuanku Tun Mamat Fadhil Duke Of Royal Malaysia British Bin DYTM Sheikh Tengku Lope Salleh Of Royal Irish Fusiller Princess Victoria.’

Baca juga:   Pegamal perubatan tradisional didakwa membunuh

“Bagaimanapun hasil semakan dengan pihak istana di Perak mendapati, tiada kerabat diraja di negeri itu menggunakan nama serta nombor MyKad yang dinyatakan.

-EDISI9

Terkini

Tak pelik bukan PH diumum musuh utama PN – Zahid

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin, Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan...

Lagi Artikel Berkaitan