24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

KPM terima 19 aduan buli sejak portal aduan dilancar Khamis lalu

Portal aduan buli, yang boleh diakses di laman sesawang https://www.moe.gov.my/aduanbuli.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) menerima sebanyak 19 aduan berkaitan kes buli di sekolah sejak portal aduan buli dilancarkan pada Khamis lalu.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 16 aduan diterima menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) manakala tiga lagi aduan melalui aplikasi WhatsApp di talian 014-800 9325.

“Kita turut terima lima panggilan menerusi telefon tetapi ia bukannya aduan (kes buli), tetapi hanya pertanyaan serta dua lagi panggilan menerusi telefon bimbit.

“10 lagi pertanyaan di aplikasi WhatsApp. Itu merupakan data terkini selepas kita lancarkan portal aduan buli pada minggu lepas.

“Apabila terima aduan, kita akan buat penelitian yang mendalam untuk ambil tindakan sewajarnya kerana bagi kementerian, sama ada kes itu berlaku di luar bandar atau bandar, di sekolah asrama atau tidak, semuanya kita akan buat penelitian. 

“Kita tidak anak tirikan mana-mana sekolah. Paling penting, maklumat itu sampai pada kementerian secepat mungkin untuk kita tangani kes buli,” katanya selepas melancarkan platform Inisiatif Pembelajaran Pendidikan Digital Malaysia (DELIMa): Agenda Digital Kita di sini hari ini.

Advertisements

Portal aduan buli, yang boleh diakses di laman sesawang https://www.moe.gov.my/aduanbuli, dilancarkan bagi membolehkan aduan mengenai kes buli di sekolah dilaporkan secara terus kepada KPM melalui tiga saluran iaitu talian khas aduan buli (03-8884 9352) atau aplikasi WhatsApp di talian 014-800 9325, e-mel ([email protected]) dan aduan SISPA KPM yang tersedia di portal itu.

Terdahulu, beliau melancarkan Platform Pembelajaran Digital KPM Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa): Agenda Digital Kita.

Dalam pada itu mengenai DELIMa, Radzi berkata portal yang diperkenal pada 1 Julai 2019 itu ditambah baik dengan tiga aspek penting iaitu pembelajaran yang diperibadikan, pengalaman pengguna dan analisis data.

“Ketiga-tiga aspek menggunakan teknologi kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin yang memberikan pengalaman pembelajaran menyeronokkan serta bermakna kepada murid,” katanya sambil menambah langkah itu akan menjadikan portal DELIMa lebih relevan kepada guru dan murid.

Menurutnya, ibu bapa serta pemegang taruh sektor pendidikan melihat platform itu bukan sahaja untuk membuat aduan tetapi mengajukan pertanyaan serta memberi maklum balas. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan