27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Mahkamah tetapkan perbicaraan Yasin pada Mac tahun depan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAHKAMAH Sesyen di Petaling Jaya menetapkan 15 hari bermula Mac tahun depan bagi perbicaraan tiga pertuduhan dadah yang dihadapi penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman, 47.

Keputusan tersebut ditetapkan Hakim Jamaludin Mat iaitu perbicaraan pada Mac 2023 selepas pihak pendakwaan dan pembelaan bersetuju dengan tarikh-tarikh yang dicadang dan ditetapkan.

Tarikh-tarikh perbicaraan itu ialah 6 hingga 10, 13 hingga 17 Jan 20 hingga 24 Mac.

“Walaupun kita telah cuba seawal mungkin namun kami percaya bahawa mahkamah juga ada keutamaan dan juga ada susunan susur atur kes yang lebih lama selain kes Yasin. Jadi kami menghormati keputusan mahkamah itu,” kata peguam yang mewakili Yasin Ariff Azami Hussein di ruang luar mahkamah lapor Astro AWANI.

Terdahulu semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Asnawi Abu Hanipah memaklumkan telah menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan kes kepada pihak pembelaan dan ketiga-tiga kes dibicarakan bersama.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 4 Oktober ini untuk pengurusan kes seterusnya sebelum perbicaraan bermula.

Pada 6 Julai lalu, pihak pendakwaan memaklumkan bahawa pertuduhan mengedar ditarik dan Yasin dituduh dengan pertuduhan baharu iaitu memiliki dadah seberat 193.7 gram.

Mengikut pertuduhan baharu itu, Yasin didapati dalam milikannya dadah berbahaya jenis kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondomonium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di Kuala Lumpur pukul 5.30 petang pada 24 Mac lalu (2022).

Advertisements

Yasin yang mengaku tidak bersalah didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu bagi satu lagi pertuduhan, Yasin turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya kanabis yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama yang mana pertuduhan itu mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Di bawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan, terdakwa bberdepan dengan peruntukan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut didakwa atas satu lagi pertuduhan dan mengaku tidak bersalah iaitu memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pukul 11.05 malam pada tarikh sama.

Bagi kesalahan itu pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Sementara itu abang tertuduh, Zain Sulaiman, 50, yang turut hadir pada sesi di mahkamah hari berharap agar ada perkembangan yang lebih baik dalam kes membabitkan adiknya itu.

“Insya-Allah kami amat harapkanlah ada sesuatu yang baik di penghujung kes ini dan kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada semua yang memberi sokongan kepada Yasin,” katanya.

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan