27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 26, 2023

Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital catat penurunan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) memaklumkan bahawa terdapat penurunan bagi jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) awam bagi setiap 100,000 penduduk di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, penurunan tersebut dikesan pada minggu epidemiologi Ke-33 bagi tahun 2022 (ME33/2022) iaitu bermula 14 sehingga 20 Ogos lalu.

“Jumlah pesakit kategori 1 dan 2 menunjukkan penurunan sebanyak 5.0 peratus manakala pesakit kategori 3, 4 dan 5 pula menunjukkan penurunan sebanyak 15.4 peratus.

“Begitu juga dengan peratus pengisian katil di fasiliti Covid-19 apabila penggunaan katil bukan kritikal menurun sebanyak 1 peratus namun penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) menunjukkan peningkatan 5 peratus dan tiada perubahan di PKRC,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, kes-kes positif Covid-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di seluruh negara juga telah menunjukkan sedikit penurunan jika dibandingkan dalam tempoh sama pada ME32/2022 yang lalu.

Baca juga:   47 lagi kes varian baharu dikesan IMR - Dr Noor Hisham

“Terdapat penurunan sebanyak 5.4 peratus pada jumlah kedatangan pesakit ke CAC dan penurunan 9.9 peratus pesakit yang menjalani pemantauan di rumah manakala bilangan kes Covid-19 yang dirujuk CAC ke hospital dilaporkan menurun sebanyak 21.3 peratus.

“Bagi trend kes aktif harian Covid-19 yang dipantau secara maya (CAC Maya), pada akhir ME 33/2022 ianya turun kepada 16.3 peratus berbanding pada akhir ME 32/2022 iaitu daripada 62,516 kes kepada 52,326 kes,”katanya. – Edisi 9

Baca juga:   PRU15 : Tok Mat berdepan saingan lima penjuru

Wartawan

Terkini

Umrah dibenarkan hanya sekali pada bulan Ramadan

KEMENTERIAN Haji dan Umrah Arab Saudi menegaskan para jemaah tidak dibenarkan mengulang menunaikan umrah pada bulan Ramadan dan dibenarkan...

Lagi Artikel Berkaitan