30.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022

Kerajaan tingkat pertumbuhan ekonomi, dari segi teknologi baharu

Kerajaan sentiasa berusaha memastikan negara sentiasa bergerak maju kehadapan seiring dengan perubahan teknologi.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN komited untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi berpaksikan penerimagunaan teknologi baharu serta penciptaan dan pembangunan teknologi tempatan.

Perdana Menteri,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, di samping itu kerajaan akan terus berusaha membangunkan bakat masa hadapan bagi pertumbuhan yang inklusif dan mampan.

Menurutnya, Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi dipengerusikannya bersetuju dengan cadangan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) supaya langkah intervensi diambil bagi meningkatkan kedudukan Malaysia berada antara 20 teratas dunia dalam Indeks Inovasi Global.

“Ini selari dengan sasaran kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

“Selain itu, satu langkah strategik inovasi akan diwujudkan bagi meningkatkan pengkomersialan teknologi dan inovasi negara berikutan ketidakpadanan bidang tersebut dengan kehendak industri,” katanya menerusi kenyataan.

Baca juga:   97.3 peratus dos pertama populasi dewasa di Lembah Klang

Perdana Menteri berkata, mesyuarat itu membincangkan dua perkara utama, iaitu berkaitan teknologi maju dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan bakat bagi memenuhi keperluan pasaran.

Tambahnya, mesyuarat turut mengambil maklum cabaran dan situasi semasa mengenai bakat sedia ada berdasarkan keperluan industri.

“Pertama, negara menghadapi cabaran dalam mencipta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

“Kedua, cabaran untuk mengekalkan dan menarik bakat berkemahiran. Negara berdepan dengan saingan daripada negara maju yang menawarkan gaji lebih tinggi untuk menarik bakat berkemahiran ke sektor berpotensi tinggi,” katanya.

Katanya lagi, mesyuarat juga bersetuju untuk meneliti semula dasar-dasar melibatkan sumber manusia dan modal insan di semua kementerian berkaitan secara menyeluruh bagi menangani cabaran pasaran buruh.

Baca juga:   Wujudkan pengeluaran makanan ternakan dalam negara - CAP

“Kerajaan sentiasa berusaha memastikan negara sentiasa bergerak maju kehadapan seiring dengan perubahan teknologi dan memenuhi keperluan semasa pasaran buruh bagi menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia,”katanya. – Edisi 9

Terkini

5 inisiatif khas, tingkat perkhidmatan, kemudahan kesihatan ATM

KEMENTERIAN Pertahanan (Mindef) telah memuktamadkan lima inisiatif khas untuk warganya bagi meningkatkan tahap perkhidmatan serta kemudahan kesihatan Angkatan Tentera...

Lagi Artikel Berkaitan